e . r . n . a . D . i . S . i . n . i - - Fotopages.com
My 1st Experiment On.....
Eksperimen jahit manik.  :-D
Semenjak sebulan lepas aku cuba menjahit manik atas baju, dan mangsanya adalah baju mama aku. Mula-mula jahit memang kelakar lah, siap jahit dan buka balik....bak kata omputeh try and error, maklumlah belajar sendiri-sendiri je, bukannya ada attend apa-apa course, kelas atau ada orang ngajar, so memandai-mandai sendiri jelah. :P
Mula-mula jahit memang rasa macam tak besh, tapi bila dah lama sikit, naik syiok lah pulak hehehe. Memandangkan ni pestime aku jahit manik, so aku jahit design yang simple-simple jelah, yang termampu aku buat;beginnerlah katakan. Amacam? Ok tak hasil kerja keras tangan jahit manik aku yang pertama? Kalau korang nak tahu, siap berlubang baju ni coz asyik buka balik je. :P
Kena Tag La Pulok:
http://glitter-graphics.com/myspace/text_generator.php()
Aku kena tag dengan ---> http://sitinurhasanah.fotopages.com/.
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
here, 7 things about me...
1) Apa ye?  :-D  Hehehe....aku seorang yang PEMALAS...hahahaha LOL . Sesiapa yang kenal aku dengan jayanya memang sedia maklum akan hal tersebut. (Tek: Syy...rahsia tau tek)
2) Aku bukan seorang yang peramah, tetapi kalau ada orang peramah yang berborak dengan aku, aku suka hehehe....Selalunya aku tak memulakan sessi perborakan.
3) Aku suka shopping (pompuan mana lah yg tak suka kan :P ), kalau tak dapat @ tak mampu beli pun, dapat tengok-tengok pun jadilah, tak dapat shopping secara "live", aku shopping secara online....so kalau korang tak berpeluang nak shopping kat luar tu, jenguk-jenguklah kat www.emarlin.portalniaga.com. Raya pun tak lama, insyaAllah stok baru akan masuk. (Aisey, terpromote la plak)
4) Aku suka makan :-D . Mulut ni asyik nak mengunyah je, perut pula asyik lapar je, tak heranla kalau pukul 1 pagi aku makan maggi atau nasi kat dapur tu LOL . Baru-baru ni aku timbang, berat aku naik 2kg.
5) Apa lagi ye? Aku ni kategori sentimental la jugak...hahaha...atau sensitif la gak. Kalau aku tengok kucing yang kelaparan, terbiar, rasa sedey je. Bukan setakat kucing, binatang lain pun....adoi sampaikan cicak pun aku penah kata "aku minta sori" kat cicak tu hahaha...nak kena story ke? tak yahlah, nanti korang gelak lak. Kesimpulannya, aku ni kira kategori penyedih, kalu tak caya boleh tanya bespren aku si Tek@ Izat. Sebab tulah aku tak suka tgk rancangan Bersamamu, sedey.
6) Aku juga seorang yang baran.  ;-)
7) Hmm... sejak dok umah ni, aku suka nak menerai benda-benda baru, macam wat dig scrapbook(suatu masa dulu-zaman rajin), baking-membaking, jahit manik...lepas ni apa yee.... $-)
Cuti Sekolah Pun Bermula...
Aku baru balik dari KL ni, penat betul. Kelmarin-Jumaat, kitaorang ke KL bawa Ellisa pergi jumpa pakar kulit kat Ampang Puteri. Sudah hampir sebulan setengah Ellisa menderita penyakit kulit, dah bawa jumpa 4 orang doktor, semua hampeh. Dasat sangat kulit Ellisa, menggerutu dan dah mula nampak isi. Aku sebagai mama dia pun ngeri+geli nak sapu ubat. Kesian sangat, akhirnya kitaorang pakat nak bawa jumpa pakar kat KL. Bila bawa gi pakar kelmarin, doc kata Ellisa ada enzekma (betul ke haku eja?).
Hari ni dah masuk hari ketiga aku sapu ubat yang doc bagi. Alhamdulillah dah mula nampak perubahan - tiada lagi berair dan berdarah. Tempat luka dah mulai kering, cuma aku risau ianya pasti meninggalkan parut yang tersangatlah hodoh. $-)
Semalam - Sabtu (24/05/08)
Kitaorang pergi melawat Zoo Negara sekali lagi. Plan awalnya nak balik Kemaman terus tapi Ellisa asyik cakap " Mama, i want to go to zoo" berualng-ulang kali....rimas aku dengar. Tak cukup dengan aku, dengan daddy dia pun cakap macam tu. At last, kitaorang pun bawalah bebudak ni pergi ke zoo.
Sebelum ke zoo, kitaorang singgah di Toy'r us semata-mata nak beli satu lagi stroller. Kang bawa satu stroller susah pulak, bebudak manalah larat nak jalan jauh-jauh. Nak dukung kang, kitaorang yang tak larat pulak...hehehe :P .
Gambar-gambar kitaorang di zoo.
Aku suka tengok gelagat Ashraf yang ni....ye ye benar skodeng :-D
Hari Kedua.....
Kalau korang nak test rasa, gi la kat Kampung Baru, Restoran Ros, sate Minang  dia oklah pedas, situlah aku dok makan sate Minang dari zaman aku kanak-kanak riang. :-D
Sambungan....
Hari kedua di Bukittinggi: Semasa di Bukittinggi, Ellisa tetiba demam panas pula, maybe berjauhan dengan adiknya kot :-D . Sepanjang malam aku berjaga, takut-takut suhu badan dia makin panas. Mujurlah aku ada bawa cool fever, ku tepekkan di dahinya. So, paginya tu, panasnya berkurang sedikit dan muka aku pun sembab semacam dek berjaga malam. :P
Selepas breakfast di hotel, kitaorang pun dibawa ke Sulaman Hjh Rosma. Kain-kain disini memang mahal la, pas tu sulaman dia cantik-cantik sangat. Sempat juga aku bergambar dengan Ibu Hjh Rosma. :-D
Selepas melawat Sulaman Hjh Rosma, kitaorang dibawa ke Kiniku, iaitu kilang kopi. Kat sini, dapatlah aku menyaksikan tempat biji kopi dibakar dan seterusnya di bungkus menggunakan cara tradisi. Yang menariknya, diorang timbang menggunakan alat timbang macam neraca gitu hehehe..... :-D . Kat belakang kilang ni, ada disediakan tempat untuk minum-minum di samping dapat melihat pemandangan gunung, memang seronok lepak kat sini, terasa aman damai je. Kitaorang disajikan air kopi dan juga air dari DAUN kopi. Mak aih, punyalah dasat penangan air daun kopi, memang pening kepala aku. Hubby aku pula menerai air jus pinang muda, yang di campur dengan madu dan telur mentah. Kitaorang juga turut disajikan dengan pisang sale (salai), memang besh sampaikan sekotak besar aku borong pisang sale ni. :-D
Mari Kita Meng"update fp"
Hehe.... aku rasa kelakar lak baca komen si Yatie ni:
ni bukan takat sarang labah2 lagi. Gajah ngan ghimau pun dah mula berkeliaran.         Posted by:yatie
Oklah, ni ada sedikit update, ni pun gambar last month, bulan March 2008, masa nak dekat pilihanraya tu....Masa tu aku gi lagi Bukittinggi, Indonesia. Ni kali kedua gi dalam tahun ni, kali ni gi bertiga je - aku, hubby & Ellisa.
.:. Cherating lagi .:.
Ashraf sekarang semakin lasak, badan pun dah mula susut. Ellisa pula, macam biasa je... maintain :-D
Ashraf kontrol macho...hehehehe....
Ellisa kata "swimming"......Hahahaha, nilah gayanye.  LOL
Gambar lain-lain...
Kisahku di PRU ke-12
Alkisahnya, aku berada di KL, bertolak tengah hari tadi ke Kemaman, lambat coz malam semalam aku baru balik dari Bukittinggi, Indonesia. Penat tu toksah cakaplah tapi disebabkan semangat nasionalisme yang tinggi...hehehe...penat ditolak ketepi. On the way ke Kemaman, Ashraf meragam, panas dan muntah, alamak.....risau pulak, terus singgah di Kuantan, jumpa doktor pakar. Masa ni dah fikir, tak kisahlah tak dapat mengundi, kesian kat bebudak ni...biasalah kan mak-mak, fikir anak hehehe....
Sampai kat rumah, jam dah pukul 4.40, hmm macam sempat je nak ngundi, so aku bagi Ashraf & Ellisa kat mama aku. Hubby aku pun terus drive ke tempat ngundi-sekolah. Nasib sekolah dekat je, tak sampai 5 minit. Sampai depan sekolah, aku tengok takde orang beratur, masa tu dok fikir, nak masuk ke tak nak masuk hehehe...rasa malu la pulak.
Aku pun ajak hubby aku masuk sekolah, bila orang tu tanya aku Saluran berapa, aku dengan konfiden nya menjawab Saluran 2, hehehe sampailah aku di kelas saluran 2, kuhulurkan MyKad, sekali kerani tu kata, "dik, sini MyKad tahun 60 an ke bawah" .....aiseh, terus aku cuak, gamaknya mesti pucat lesi masa tu. Kerani tu terus tanya aku "Sekolah rendah ke atau sekolah menengah?" aku pun katalah rendah, lepas tu dia suruh aku gi kat kantin sambil kata takpe, sempat lagi ....Masa ni punyalah mengelabah aku jalan kekantin, dahlah dengan rambut serabai, muka tak berbedak. Sampai di kantin, lepas cek, rupanya aku diSaluran 4. Aisey saluran 4 rupanya, aku konfius, penatla katakan. Aku pun pergilah ke kelas Saluran 4, dengan tercungap-cungapnya, nak pitam pun ada hehehe... Selepas bagi MyKad, dan namaku disebut kuat-kuat, aku pun mula memangkah, sempat tengok jam.....fuh lagi 5 minit nak tutup. Disebabkan kesan dari cuak, gelabah dan penat, masa aku dok sumbat kertas kedalam peti, kertas tak masuk-masuk..lawak betul. Aku ni tak bley tertekan, mesti gelabah punya hehehe..... Lepas dah keluar dari sekolah, barulah lega kurasakan hehehehe....... :-D
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - TAMAT
Selepas tu, kitaorang meneruskan perjalanan kononnya nak tengok pemandangan tasik, tetapi malangnya semasa didalam perjalanan tetiba hujan pula. Kitaorang berada dikawasan pedalaman, di mana kiri-kanan banyak sawah padi yang bertingkat-tingkat.
Kitaorang berhenti di satu tempat, masa ni kepala otak aku dah beku so aku tak ingat nama tempatnya, mana taknya, punyalah sejuk, mulut aku pun terketar-ketar. Lalu, cousin aku si Fendi meminjamkan jaketnya hehehe.....tapi masa kat dalam kedai tu aku nampak ada jual pashmina, terus aku beli. Punyalah besar pashmina tu, macam gebar la pulak, maklumlah aku tak pernah membelek pashmina ni sebelum ni, so jakunlah kejap.  :P
Lepas tu, kitaorang menuju semula ke Bukittinggi untuk makan tengah hari Restoran Sederhana. Lepas makan, kitaorang menuju pula ke Pasar Atas untuk mencari money changer. Semasa kat sini, kitaorang bergambar dengan bendi-sejenis kereta kuda. Dulu, aku dah pernah naik so tak heranlah, cuma kesian kat hubby dengan anak-anak aku je yang tak sempat naik. Lepas tu, kitaorang bergambar di depan Jam Gadang. Gadang tu maksudnya besar.
PANDAI SIKEK
Seterusnya, kitaorang menuju ke Pandai Sikek. Pandai Sikek ni nama tempat. Maksud sikek tu tenun, so pandai menenun la kot. Tapi, memang kat sini terkenal dengan tenun-menenunnya, selain seni ukiran kayu.
Seterusnya..........bateri digicam aku 'kong'...hahahaha :P . Kitaorang singgah kat kedai kain lagi, lepas tu terus menuju ke Padang. Check in di Hotel Rocky, kat tengah bandar tu...depan hotel je ada kedai kain.....besh-besh. :-D  Malam tu, lepas makan, terus meronda kat kedai kain...hehehe :-> .
NAK BALIK DAAA....
Esok paginya, lepas breakfast, terus menuju ke airport. Kat airport mama aku sempat lagi shopping kacuk-kacuk pulak. Aku tak sempat beli kacuk-kacuk aku coz tak tahu nak letak mana, beg penuh. Next time je la...
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - V
Pagi-pagi lagi aku dah bangun, dalam pukul 5.30 am. Mengemas beg, baju bebudak ni dan etc.. Pukul 7.00 am, kitaorang turun untuk breakfast. memang best makanan breakfastnya, sedap. Untuk 1st round, aku makan mee goreng, nasi goreng dan french toast. Untuk 2nd round, aku makan bubur dengan kuah soto, hehehe nasi himpit untuk soto dah habis, aku bantai makan dengan bubur je hehehe. LOL
CHECK-OUT HOTEL
Selepas breakfast, kitaorang naik bilik semula. Masa ni, aku sebok menepek mekap coz masa makan breakfast tadi aku cuma sempat tepek sunblock dan lip gloss je hehehe... :P . Lepas tu, kitaorang bawa beg terus checkout dari hotel.
TAMAN PANORAMA & LOBANG JEPANG
Dari hotel, kitaorang dibawa ke Taman Panorama & Lobang Jepang. Dinamakan taman panorama sebab pemandangan dia yang cantik, tapi aku ni bukan reti ambil gambar pemandangan pun.
Pintu masuk -
Bergambar beramai-ramai. Aku lupa nama gunung kat belakang tu. Ada 3 gunung disekitar Bukittinggi ni, dan salah satu gunung tersebut meletup pada tahun 1978.
Didepan pintu masuk Lobang Jepang. Kalau nak masuk, mesti dengan 'pemandu'nya, kalau tidak mahu sesat barat. Upah untuk 'pemandu'nya 20,000 rupiah. Nampak 'pemandu'nya macam pekerja kontrak kat negara kita je kan hehehe...tapi dasat wooo...penerangan yang diberi. Oleh itu, don't judge a book by its cover. :P
Semasa didalam terowong, kitaorang dibawa sejauh 400m sahaja, kalau nak masuk satu-satu terowong memang berkilometerlah. Sambil berjalan didalam tu, 'pemandu' kitaorang tak berhenti-henti bercerita.....fuh banyak info, sendat kepala otak aku hehehe..... Katanya, terdapat 2-3 lobang jepang (kubu jepun) disekitar Bukittinggi ni. Tapi, cuma yang ni sahaja yang dibangun dan dibuka untuk pelancong. Katanya lagi, selepas Jepun tinggalkan tempat diorang, lobang jepang tersebut tidak pernah dimasuki oleh sesiapa selama lebih kurang 40 tahun (tak silap akula). Dalam tahun 1980-an la, baru ada pihak yang masuk kedalam, tetapi banyak dokumen, perabot dan lain-lain yang dah rosak.
Selain tu, yang menariknya, dinding lobang jepang - setiap 1 meter dibuat lekuk, fungsi lekuk tersebut untuk mengelak berlakunya gema(echo). Terer betul orang Jepun dulu-dulu kan hehehe...dan 1 meter lebar dinding mewakli seorang pekerja untuk disiapkan dalam satu hari. Kalau orang tersebut tidak dapat siapkan bahagian dia 1 meter dalam 1 hari, alamat kena hukumanlah.
Terdapat banyak bilik dalam lobang jepang ni, antaranya bilik dapur, dibelakang bilik dapur tu, ada lubang untuk diorang buang mayat. Campak je mayat, terus masuk dalam sungai. Kat atasnya pula, ada tempat mengintai musuh. Kalau ada orang tempatan lalu pun diorang tangkap, sesiapa yang dibawa masuk, memang takkan dapat keluar.....huh! macam citer wayang plak kan....
Hmm..entahlah, bila tengok dalam lobang jepang ni, rasa macam kejamnya orang Jepun ni kan.... Sesiapa yang minat dengan sejarah, mungkin tempat ni sesuai dengan anda hehehe...
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - IV
Akhirnya waktu yang ditunggu telah pun tiba, iaitu makan tengah hari :P . Kitaorang dibawa ke Restoran Pak Datuk. Makanan di Bukittinggi tak menjadi masalah coz lebih kurang sama macam mama aku masak cuma ada jugala lauk yang mama aku tak buat. Masa kat restoran ni, lauk yang aku cari mestilah "jangek" (betul ke eja, aku tahu makan je hehehe). Kalau kat Malaysia, kena pergi Kg Baru, kalau nak makan "jangek" ni. Selain tu, lauk daging dendeng dia pun besh, ori punya hehehe, kat Kg Baru pun tak sesedap macam ni. Lagi satu, sambal balado dia la....fuh! power, walaupun cili hijau je. Masakan lain-lain, macam kalio ayam, pastu yang lain-lain aku tak tahu nama, tahu makan je hehehe  :P .
BARA CHIEK?
Selepas makan, kitaorang dibawa ke butik kain hehehe. Memang besh, tapi yang kelakarnya, aku boleh nak pitam masa kat kedai kain ni  LOL . Maklumlah, aku ni memang senang pitam, kira kat sekolah dulu, kalau waktu perhimpunan tu, biasalah aku je yang selalu pitam hehehe... Disebabkan rasa nak pitam, aku macam takde mood nak pilih kain, banyak duduk je. Yang peliknya, walaupun dah duduk, aku still rasa nak pitam, dah minum air kosong pun, masih rasa nak pitam. Akhirnya budak kat butik tu bancuhkan teh untuk aku. Air teh yang dia buat manis gila, tapi lepas minum baru aku lega, rupa-rupanya aku kurang gula dalam badan, tu pasal la nak pitam. Lepas tu barulah segar sikit nak memilih kain hehehe... :-D
Bara chiek? hehehe... Bara tu maksudnya berapa. Chiek tu satu. So, bara chiek, maksudnya berapa satu? Ni jelah yang aku tahu hahaha...
CHECK-IN HOTEL
Kitaorang check-in di Hotel Hills (atau sebelum ni Hotel Novotel). Hotel ni betul-betul terletak dibandar Bukittinggi, dan betul-betul dekat dengan Pasar Atas, Jam Gadang dan Shopping Complex Ramayana.
Lihat bendera depan hotel ni, separuh tiang je. Masih berkabung dengan kematian Suharto.
ANGKUT & AUR KUNING
Selepas masuk bilik hotel, kitaorang pun rehat. Anak-anak aku terus tidur, penat gamaknya. Petangnya, aku keluar dengan hubby aku, manakala mama aku jaga anak-anak aku coz diorang masih tidur lagi. Aku dan hubby aku ikut Makcupek aku gi Aur Kuning. Kitaorang pergi berenam bersama-sama dengan Fendi, Mak Yong dan Makcik Arti (dari Bandung) naik Angkut..hehehe lawak betul. Masa kitaorang sampai di Aur Kuning, banyak kedai dah tutup. Kitaorang datang sini coz Makcupek aku nak belikan telekung untuk bakal menantu dia.
PASAR ATAS
Lepas beli telekung, kitaorang balik ke hotel, tapi aku dan hubby tak masuk hotel terus, kitaorang pergi Pasar Atas yang terletak berdekatan dengan hotel kitaorang. Kedai kat dalam Pasar Atas pun banyak yang dah tutup, maklumlah dah lewat petang. Aku sempat masuk satu kedai je. Satu kedai pun aku dah rambang mata pilih kain hehehe....Nasib baiklah banyak kedai dah tutup hahaha...
Jom pilih kain....hehehe :-D
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - III
Selepas singgah di Lembah Anai, destinasi seterusnya ialah ke Istana Pagar Ruyung, tetapi malangnya Istana Pagar Ruyung telah terbakar hingga rentung pada Februari 2007, iaitu sehari sebelum Bukittinggi dilanda gempa bumi. Maka, perjalanan kitaorang diteruskan ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Tempat ini boleh juga dianggap seperti muzium.
Seperti yang diberitahu oleh Pak Hendry, bentuk bangunan Pusat tersebut ditiru daripada bangunan Istana Pagar Ruyung, cuma katanya, Istana yang sebenar lebih besar, dan lebih cantik hasil ukirannya.
Ni gambar Ellisa dengan PakSunye (adik aku)
Fakta: Minangkabau
~ Perkataan kabau tu berasal daripada perkataan kerbau.
~ Kalau kita perhatikan, bumbung rumah orang Minang berbentuk unik(tajam). Sebenarnya bentuk bumbung tersebut dipengaruhi daripada bentuk tanduk kerbau.
Didalam bangunan Pusat tersebut, dipenuhi dengan gambar-gambar lama. Selain ada gambar-gambar lama, kitaorang juga diberi penerangan oleh staf disitu. Walaupun bangunan tersebut tiada air-cond, tetapi sejuk... maklumlah dinding dan bumbung tak diperbuat daripada simen dan batu (aku lupa la daripada apa)  :P .
Selepas puas melihat gambar-gambar lama, kitaorang pun dibawa ke bahagian bawah bangunan tersebut. Masih terdapat gambar-gambar lama, juga gambar-gambar pakaian Minangkabau. Selain itu, terdapat pelamin Minang dimana kita boleh bergambar disitu dengan berpakaian lengkap Pengantin Minang tetapi aku malaslah nak tukar-tukar baju, lagipun aku pening+sakit perut+lapar+penat hehehehe.
Sebelum blah, bergambar dulu...hehehe  :-D .